aku rasa itu ayat paling sesuai untuk aku.sebab aku tak pandai nak susun ayat betul-betul.kadang-kadang aku rasa aku terlalu memberi pandangan secara pungg pangg pungg panggg.lupa cara nasihat yang berhikmah.lupa pada adab memberi kata-kata.kadang-kadang jugak orang akan tersalah faham dengan kata-kata aku.benar.aku akui.berdiam diri lebih baik dari bercakap.tapi sekiranya benda yang aku rasa dapat membuatkan orang disekeliling aku yang aku sayang nih,akan terrcedera hatinya suatu hari nanti.kiranya tak layakkah aku untuk berkata-kata?aku harap jugak bila aku tersalah jalan ada yang berani tarik aku sebelum aku tersasar jauh.berani melarang aku walaupun belum pasti aku akan membalas huluran tanganya itu.dan kini.bila orang yang aku sayang,tersalah jalan.kenapa aku tidak berani melarang?adakah aku hanya akan memandang dan biarkan mereka yang aku sayang itu.adakah kerana SAYANG itu jadi aku tidak berani hendak menegur.kerana SAYANG itu aku tidak sampai hati untuk bercakap.ya.aku tersalah guna perkataan SAYANG,kiranya aku patut gantikan dengan perkataan lain.agar makna sayang itu tidak tercemar.
maafkan aku kalian.aku terlalu sayangkan kamu semua sehingga aku tak ingin menegur kamu.dan jika beginilah perasaan sayang yang sebenar.aku harap kalian membenci aku,agar kalian sampai hati menegur aku bila aku tersalah jalan.